Sunday, 2 October 2016

NOTHING SPECIAL..JUST ME



Assalamualaikum....tak tahu nak cerita apa...heheh..tapi biasa orang first post dorang akan cerita pasal diri dorang..jadi kepada sesiapa yang curious tentang diri aku ni.. [cewah, macam ada orang curious ;( ]..xkesah la curious ke x..meh sini aq bagitau tentang diri aku...baca la sampai termuntah ye..hope enjoy :)
HAMKA FAMILY
Nama diberi Nurul Jamilah binti Mohamad Kamal. Nama abah aku Mohamad Kamal bin Adenan. Nama emak aku Hamidah binti Sinu@Tasinu. Aku ada 3 orang kakak dan seorang abang.Kakak aku yang pertama nama dia Nurul Salwana binti Mohamad Kamal.Berumur 26 tahun. Dia baru sahaja selesai melangsungkan perkahwinan pada bln 3 tahun ni.Dapat jodoh orang Sabah. Asyik terbang jela. Kakak aku yang nombor dua pula nama Nurul Safinaz binti Mohamad Kamal.Berumur 24 tahun.Sekarang berkerja di UKM.Abang aku pula bernama Nor Azmi bin Mohamad Kamal.Dia berumur 23 tahun.Sekarang tengah sambung belajar Kolej Jururawat di Alor Setar.Kakak yang atas aku pula bernama Nurul Aini binti Mohamad Kamal.Berumur 20 tahun.Tengah menyambung pengajian di UTHM di Johor.

Habis cerita pasal adik-beradik aku.Sekarang pasal aku pula.......jeng jeng jeng.....Aku dilahirkan di Hospital Sungai Buloh pada 15.05.1998.Aku tak ingat pukul berapa tapi malam la.heheh..Waktu tadika dan darjah satu aku sekolah di Kuang, tapi lepas itu kami sekeluarga berpindah ke Rawang.[dekat je Kuang dengan Rawang]..darjah dua hingga darjah enam aku sekolah di  SK Rawang lepas tu tingkatan satu hingga tingkatan lima aku sekolah di Sekolah Kebangsaan Rawang[ nickname dia SEMEKAR]..Aku suka main bola jaring..memang kegemaran sejak sekolah rendah lagi..tapi nak sampai ke peringkat kebangsaan mesti ada halang..memang bukan rezeki aku kot.Dulu dekat sekolah rendah ramai budak lelaki panggil aku tomboy sebab peragai aku macam jantan tapi sekarang aku dah lembut sikit..huhuh..

Okey habis pasal aku,sekarang pasal kucing-kucing aku..pernah dalam satu masa aku ada kucing melebihi 20 lebih..nampak tak sifat kasih sayang aku ni..aku memang sayang kucing dan cita2 aku nak jadi doktor haiwan..insyaAllah..doakan ye..amin..Tapi aku ada sekor kucing ni yang garang2 manja gitu..tapi dah mati masa raya haji tahun ni..hua~~~~~..[tak apa Allah sayang dia lebih]..nama dia shibang,warna oren..aku dengan kakak aku jumpa dia kat belakang pokok besar depan rumah aku..sehari je aku dapat jumpa dia sebab aku baru balik daripada matrik..aku rindu dia..erm..tapi kucing aku semua baik..aku belanja sikit gambar shibang.

ni shibang
Akhirnya,kita sampai ke penghujung cerita..dapat la aku cerita sedikit tentang diri aku..sikit je tak boleh lebih2..hahha..tak ada la..gurau je..kalau ada salah dan silap harap dimaafkan la..nanti ada masa aku cerita lagi ye..jangan rindu aku pula..Assalamualaikum..

1 comment: